Bagaimana Nak Claim?


1-    Claim Online (Bil dan Elaun)


Perkhidmatan Hospital Alliance Services (HAS) iaitu claim online terus dari hospital ke PruBSN, anda tidak perlu membayar bil terlebih dahulu, akan hanya berkuatkuasa pada bulan ke 4 bermula dari tarikh polisi (tarikh pada medical card). Ini bermakna, client perlu membayar dahulu bil dan caj perubatan sekiranya dimasukkan wad pada 3 bulan pertama daripada tarikh polisi, tidak kira sama ada masuk hospital panel atau tidak. Kemudian, semua laporan perubatan, bil dan resit asal pembayaran perlu diserahkan kepada PruBSN untuk bayaran semula (reimbursement).
Namun, sekiranya client dimasukkan ke hospital Panel PruBSN disebabkan kemalangan parah, HAS boleh digunakan terus tanpa menunggu 3 bulan. Diingatkan, hanya kemalangan sahaja.
Sekiranya claim menggunakan perkhidmatan online (HAS), anda hanya perlu membawa Medical Card PruBSN ke hospital panel, dan tunjukkan medical card anda kepada kakitangan hospital bahagian kemasukkan pesakit akan mereka menguruskan selanjutnya. Sekiranya terdapat sebarang masalah, anda perlu menelefon agent anda dengan segera. Sebagai langkah bijak, anda dinasihatkan untuk memaklumkan kepada agent yang anda dimasukkan ke hospital. Ini bagi membolehkan agent anda sentiasa dalam keadaan bersedia sekiranya berlaku sebarang masalah ketika masuk atau keluar hospital.


2- Claim Reimbursement (Bayar dulu, Claim kemudian)

Sekiranya anda masuk ke hospital yang bukan Panel PruBSN, anda juga boleh menuntut bayaran bil hospital, akan tetapi, semua bil tersebut perlulah diselesaikan terlebih dahulu, dan barulah anda tuntut ke PruBSN.
Sila maklumkan kepada agent anda, bagi membolehkan agent anda menyediakan borang laporan perubatan untuk diisi oleh Doktor yang merawat bagi tujuan tuntutan bil perubatan.


3- Claim Elaun Hospital / Elaun ICU & Elaun Bedah tanpa claim bil (Bil claim dari syarikat majikan atau insurans lain)

Sekiranya majikan anda menyediakan perlindungan perubatan untuk anda, anda boleh menuntut semua elaun yang layak (Elaun Hospital, Elaun ICU, Elaun Bedah, Elaun MC disebabkan kemalangan) kecuali bil rawatan.
Caranya mudah sahaja, pihak PruBSN hanya perlukan laporan perubatan daripada Doktor yang merawat anda dan salinan bil perubatan bagi tujuan pengesahan bilangan hari dan jam anda ditahan di wad. Salinan ini penting kerana sekiranya anda ditahan diwad selama 2 hari dan 6 jam atau lebih, anda layak untuk mendapat elaun hospital berdasarkan 3 hari.
Borang laporan perubatan boleh didapati daripada agent anda atau di mana-mana cawangan Prudential seluruh negara.
 
4- Claim Accident (Medical/ MC)
Sekiranya berlaku kemalangan kecil dan anda hanya mendapatkan rawatan diklinik, bil caj rawatan boleh dituntut daripada PruBSN. Dokumen yang diperlukan adalah bil dan resit asal serta sedikit laporan daripada Doktor yang merawat mengatakan bahawa caj perubatan tersebut adalah disebabkan kemalangan. PruBSN akan membayar semula tuntutan tertakluk kepada ko-takaful 10%.

 
5- Claim Kematian Biasa (Natural Death)

Untuk tuntuan kematian, sekiranya bukan disebabkan oleh kemalangan, pemegang polisi yang meninggal dunia tidak memerlukan bedah siasat. Ini kerana, laporan Doktor yang lengkap boleh digunakan sebagai rujukan berkenaan sebab kematian dan perkara-perkara yang berkaitan.
Sekiranya kematian berlaku, waris hendaklah memaklumkan kepada agent atau PruBSN mengenai perkara yang berlaku. Seterusnya, agent akan menguruskan dari segi penyediaan dokumen dan sebagainya.
Oleh itu, adalah amat penting bagi setiap pemegang polisi, anda dinasihatkan memberitahu adik-beradik atau saudara-mara dan kawan-kawan bahawa anda mempunyai perlindungan takaful dari Prudential BSN Takaful, dan sekiranya berlaku kematian, mereka boleh memaklumkan sama ada kepada agent atau PruBSN.


6- Claim Kematian Kemalangan (Accidental Death)
Sama keadaannya seperti di atas. Namun, bagi kes kemalangan, biasanya pihak polis akan mengarahkan pihak hospital membuat bedah siasat bagi memastikan kemalangan yang berlaku bukan disebab pemegang polisi berada dalam pengaruh alkohol atau ada unsur-unsur jenayah dan sebagainya.
 
7- Tempoh Tuntutan
Tempoh tuntutan bergantung kepada jenis tuntutan dan dokumen yang diperlukan untuk membuat tuntutan. Berdasarkan pengalaman saya, sekiranya semua dokumen tuntutan telah lengkap, biasanya dalam masa 3 atau 4 minggu akan dapat cek daripada syarikat. Namun begitu, ia bergantung kepada kes-kes tertentu. Sebagai contoh, tuntutan elaun hospital biasanya lebih cepat daripada tuntutan disebabkan kematian, atau pampasan sakit kritikal.
Anda boleh hubungi agent anda untuk mengetahui status tuntutan yang telah dihantar
.



CARA-CARA CLAIM OFFLINE

Di sini saya akan tunjukkan cara2 atau tips and tricks macam mana nak claim kalau client masuk bukan panel Prudential atau masuk hospital kerajaan. Sebab elaun hospital, elaun ICU dan Elaun bedah, kita boleh claim walau pun masuk hospital kerajaan, atau pun walau pun majikan dah bayar duit bill rawatan kita

Claim offline nie adalah istilah yang biasa digunakan untuk claim secara bayar dahulu, claim kemudian. Maksudnya, client perlu membayar dahulu semua bil rawatan di hospital dan membuat tuntutan ke syarikat insurance/takaful Keadaan yang memerlukan claim offline.


Dokumen yang diperlukan

i. Bil rawatan terperinci ii. Resit ASAL (yang ini penting, salinan resit tidak akan dilayan) ii. Medical report untuk claim PMM, HB, PruMed yang lengkap diisi ditandatangani oleh client dan Doktor yang merawat. Ada 2 borang...i.e borang 6 & 7. Kenapa borang 6 & 7, sebab no siri borang tu, last digit no 6 & 7. So, senang nak ingat. Dan borang ni pun yang selalu digunakan.
 
Caj untuk medical report ini ditanggung oleh client, dan nilai caj berlainan antara hospital dan jenis report yang diperlukan.
 
2- Sekiranya client masuk wad atau mendapatkan rawatan di hospital bukan panel atau hospital kerajaan.


Keadaan ini juga memerlukan client untuk bayar bil rawatan dan buat tuntutan kepada syarikat insurance/takaful.

 Dokumen yang diperlukan sama seperti no-1. 


3- Claim pesakit luar untuk pre-hospitalization dan  post-hospitalization.


Proses yang sama seperti no-1 and no-2. Tetapi hanya perlu isi borang Claim PMM, HB,  Prumed untuk claimant sahaja...i.e borang 6. Borang untuk Doktor yang merawat tak perlu.
Claim untuk pesakit luar ini juga terpakai kepada claim dialysis, rawatan kanser, penjagaan jururawat di rumah, day surgery dan sebagainya. Rujuk lampiran untuk Major Medical Cover atau Pru Major Medical di dalam policy.


4- Claim kemalangan (pesakit luar) , sama ada guna AMR (Accident Medical Reimbursement) atau Emergency Treatment Benefit yang ada dalam medicalcard (MMC atau PMM)

Kalau bil kurang dari RM 500, tak perlu isi medical report. Cukup dengan hanya resit dan bil. Cuma bil rawatan perlu dicatatkan "Rawatan disebabkan kemalangan" oleh Doktor yang merawat. Kalau bil lebih dari RM 500, kena sertakan dokumen seperti No-1.

Maklumat ini adalah berdasarkan pengalaman agen dalam bidang insurance khusus untuk Prudential and PruBSN Takaful. Sekiranya terdapat sebarang procedure yang berlainan dengan apa yang saya sebutkan di atas ini, anda perlu ikut procedure yang telah ditetapkan.